Hikmah Budak Macaroons
alangkah peliknya kita!
Monday, May 2, 2011 | 9:15 AM | 0 dazzle(s)
pelik ya...duit 50 ringgit kelihatan begitu besar bila dibawa ke masjid,tetapi begitu kecil apabila dibawa ke pusat membeli belah untuk shopping..

pelik ya...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir tetapi begitu pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi..

pelik ya...dengar iklan kat tv pasal jualan murah rasa x sabar nak pegi membeli-belah,tetapi dengar laungan azan tak sabar nak tukar channel lain..

pelik ya...tak sampai 30 minit khutbah Jumaat dah rasa ngantok tetapi x pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah diulang banyak kali..

pelik ya...susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat doa..tetapi mudahnya cari bahan bersembang dengan rakan2..

pelik ya...betapa panjangnya teriakan kita waktu perlawanan bola sepak jadi kegemaran kita tetapi bosan nya bila imam membaca ayat yang panjang ketika solat..

pelik ya...ramai yang berebut barisan paling hadapan untuk menonton konsert tetapi berebut-rebut cari saf paling belakang bila solat berjemaah supaya boleh cepat keluar..

pelik ya...betapa ramai nya orang menonton konsert artis popular,tetapi betapa sikitnya orang mendengar ceramah-ceramah agama di masjid..

PELIK...PELIK...
PELIK TAK KITA??
FIKIR-FIKIRKANLAH,TEPUK DADA...TANYALAH IMAN.

OLD / NEW